LINK KE LAMAN SETERUSNYA .LAMAN INFORMASI Laman infomasi tentang teknik ,perambut dan lain-lain, pemancing dapat belajar di sini sila click di sini.
(Blog Ini Telah Di Lihat)
Teknik :Casting Bulu ,Pancingan Dasar(ketika angin kencang belakang pulau)
Dah lama dok rancang trip ni ,akhirnya dapat peluang untuk mencuba casting bulu dengan Tekong Leman .Kira trip ni percubaan la mengunakan khidmat Tekong baru . Si Leman ini pula berkerja sekali dan kawan –kawan pula ,senang nak ajak jumpa kat tempat kerja hari-hari.
Cuaca mendung dan berhujan manakala angin ada ketika kencang membuatkan bahagian depan pulau tak dapat di ekplorasi sepenuhnya .Kebanyakan cast di bahagian yang terlindung dengan angin.Hasil ..lihat gambar di bawah .
Tekong Leman
Elvis sedang mengakplikasi ikatan FG pada temalinya
Haluan bot
Hasil pancingan dasar di belakang pulau sementara menunggu angin reda
Elvis dengan talang 3.4 kg
Kertang yang di naikkan elvis
Hasil tangkapan kebanyakan hanya baby GT ,bapa GT mungkin tidur di buai alun yang kuat.Apa pun trip ini akan direpeat balik .
Posted at 06:28 pm by pemancingtegar
[UNTUK KOMEN ARTIKEL INI SILA CLICK PADA PERMALINK] Permalink
Wednesday, October 13, 2010
Tukun Perak Yang Tidak Kesampaian
Tekong:Elbert Kuala Perlis
Tarikh:4-6 /10/2010
Jumlah Pemancing:7 orang
Lubuk:Kapal karam -Tukun Perak
Teknik:Pancingan dasar,Poping,Jigging,Mabuk laut
Hasil: GT 46 ekor .Jenahak 15 ekor,Yu 8 ekor,Alu1 ekor ,Tongkol 2,Gerut 2 ,Kakap Merah 2 ekor,Ikan jepun serta Timun 5 ekor
p/s Gambar tangkapan di atas bot tidak banyak di sebabkan alun yang kuat .
Hari pertama dimulakan dengan perjalanan mengambil sotong berdekatan dengan kepulauan panjang Taroatuo .Bot juga singah di Pulau Taruoato untuk mengambil air di sebabkan kekurangan air di Jeti Kuala Perlis.
Tempat mengambil air bukit Pulau Taroatuo
Wan panjang dengan Papan tanda Pulau.
Layan kerapu bawah jeti nih pun menarik.
Kelihatan Bot nelayan Thailand sedang parking kat jeti pulau.
Perjalanan ke lubuk pertama ,merupakan sebuah kapal karam mengambil masa sejam perjalanan .Dilubuk pertama ini kami mendapat hasil agak menberangsangkan seperti jenahak,kakap merah .Pada sebelah petang alun agak kuat kami di gasak yu ,sebanyak 7 ekor berjaya di naikkan dan terdapat juga kes rabut.Pada sebelah malam kami di landa angin kuat membuatkan sesetengah pemancing mengalami mabuk laut.Pancingan menjadi sukar akibat alun yang kuat .
Wan JS dengan jenahak
Jef dengan kakap merah
Pada sebelah bagi tiada tanda alun akan berhenti sehinga sebelah petang ini membuatkan kami mengambil keputusan untuk memancing berdekatan pulau.Setelah berbincang dengan Elbert dia bersetuju untuk pergi ke Pulau Adang untuk menduga lubuk di situ untuk mengelak alun yang kuat melanda .
Setiba di kawasan pulau Adang Elbert mencapai rod untuk cast jig berdekatan pulau lalu mendapat sambaran yang kuat ,seekorGT berjaya di naikan .Tampa menungu kami semua pun melakukan aksi yang sama maka bermula pesta cast jig GT .Sambaran demi sambaran selama sejam memenuhan tiga bakul GT yang bersekala satu hingatiga kilo berjumlah 46 ekor semua .Pada sebelah malam kami sekali sekala menaikan jenahak dan lain2 species.
Jig Dari Abu Garcia ini sangat laku sehinga setiap balingan pertama mendapat sambaran .
Sebahagian hasil tangkapan.
Hasil cast Jig 46 ekor GT.
Yu yang di tangkap.
Pembahagian ikan mengunakan syistem cabutan.
Sekian report kali ini ...Nantikan trip yang akan datang Hendeng Thailand dua biji bot PT akan berlangsung pada bulan disember nanti.
Posted at 12:50 pm by pemancingtegar
[UNTUK KOMEN ARTIKEL INI SILA CLICK PADA PERMALINK] Permalink
Saturday, June 19, 2010
Pemancing Tegar Di Face Book
Kini pemancing tegar di face book Temui kami di sana untuk bertukar pandangan serta pendapat .Cuma perlu taip di search section "Pemancingtegar" group search.
Posted at 10:28 pm by pemancingtegar
[UNTUK KOMEN ARTIKEL INI SILA CLICK PADA PERMALINK] Permalink
Wednesday, February 24, 2010
Tukun Perak menjadi Gangsa menjelma pula Besi.
Tempoh Trip:23/11/2009 -26/11/2009
lokasi:kapal karam sekitar Langkawi sehinga Tukun Perak
Jumlah pemancing: 8 orang
Tekong :Elbert Kuala Perlis
Teknik:Bottom,jigging,poping serta teknik utama mabuk laut
Walaupun di beritakan trip kali ini agak mencabar disebabkan monsun barat bertemu timur tapi disebabkan kepayahan nak cuti serta keterujaan para pemancing membuatkan kami meneruskan juga trip ini.Setelah segala persiapan yang di buat, kami bertolak dari sungai petani ke jeti kuala perlis dengan penuh bersemangat kesukanan memancing.Setibanya di sana kami telah di racun oleh sebilangan pemancing cina dari jitra yang baru mendarat dengan hasil tangkapan yang agak memberangsangkan serta mengetarkan otot tangan.Ayat-ayat yang masih segar di telinga antaranya ialah "Nak buat Lauk Raya nanti" "Angin tak kuat mana " "Huyoo banyak rabut loo" .Setelah sesi memungah barang ke bot selesai bermulalah acara mencari umpan yang sudah menjadi makanan ruji bagi si ikanyakni sisotong jarum lebih kurang mami jarum hehehe.
Para pemancing sedang merenung ombak
Elbert dan awak-awak sedang melihat sotong
bergimnastik.
Para sotong sedang berbincang bagaimana
nak melepaskan diri.
Sotongohhh sotong mengapa engkau tak mau timbul macamana aku nak timbul malam nih aku cuti.Ini adalah salah satu lagu dalam hati sementara nak menungu pukat sotong dilabuhkan untuk kali kedua.Dengan hasil yang agak mendukacitakan sedikit maka terjadi lah mesyuarat PIBG kat atas bot Elbert dengan keputusan kita beli sotong kat bot siam la .
Kami membeli sotong di kedai runcit ini.
Pada awal pagi kami tiba di lubuk pertama sebuah kapal karam yang berdekatan dengan langkawi .Awal –awal pagi strike dua ekor jenahak bersaiz hidangan serta seekor alu-alu sirip kuning .Kemudian setelah tiada strike kami pun berpindah ke lubuk kapal karam lagi yang jauhnya dua jam perjalanan dari lubuk pertama
sekor juvanil jenahak pembuka selera
sekor lagi bersaiz hidangan
Pada sebelah malam di lubuk kedua ini kami di gasak oleh jenahak serta repuh sehinga lah pada pukul 12.00 malam kami di gasak pula oleh angin yang menrooler coster kan bot.Acara mabuk tahap satu bermula bagi sesetengah pemancing…..
jenahak pembuka tirai
repuh pembuka tirai
wan panjang bersama jenahaknya.
Rizal dengan Jenahak lagi
JS dengan jenahak
Gerut-gerut tungal trip ini
Pada awal pagi kami bertolak ke lubuk kapal karam yang ketiga walaupun angin masih menganas .Dilubuk ini kami di gasak oleh kerapu bersaiz hidangan sehinga kerapu yang terberat 21 kilo .Dilubuk ini lah kami melakukan casting jig ringan yang menghasilkan tuna yang bersaiz sekilo ,seronok juga melayan aksi tuna dengan mengunakan set ringan.
Alun yang tak kurang hebatnya di awal pagi
Kerapu kombat pertama
Ebek tungal yang dinaikkan Rizal
Wan panjang bersama kerapu
Buntal turut dinaikkan
Wan panjang bersama GT
Kerapu terbesar 21 kilo untuk trip kali ini
Selepas makan tengahari kami bertolak pulang .Nampaknya atas nasihat Elbertdengan keadaan ombak yang membukit jadi hasrat untuk menatap Pulau Perak yakni tukun perak terpaksa di batalkan .Hasil keseluruhan agak kurang berbanding trip yang lepas kerana waktu memancing agak terhad disebabkan alun yang kuat.Apa-apa pun kami bersyukur sebab semuanya selamat pulang dan dapat menikmati hasil bersama keluarga yang tersayang.
Hasil keseluruhan
hasil keseluruhan
-Tamat-
Posted at 08:18 am by pemancingtegar
[UNTUK KOMEN ARTIKEL INI SILA CLICK PADA PERMALINK] Permalink
Saturday, February 20, 2010
Sungai Kejar Royal Belum Banding Grik
Tarikh trip:16/2/2010 – 18/2/2010
Jumlah Pemancing:9 orang
Lokasi: Sungai Kejar Belum
Teknik:Casting gewang ,spoon,poper dan lain-lain benda untuk menipu ikan.
Dengan cuti Tahun Baru Cina ini yang panjang maka timbul lah cadangan untuk ke royal belum nih .Kelebihan trip kali ini bukan hanya kaki pancing sahaja yang pergi tapi kaki camping turut serta .Ini memberi kelebihan dari segi pemancing untuk memancing dengan mengunakan bot "tak ramai sangat".Kami bertolak dengan 3 buah kereta dari sungai petani ke jeti awam pulau banding.Kami sampai lebih kurang pukul 3.00pagi sempat berehat di sebuah wakaf di jeti tersebut sebelum menunggu guide datang pada pukul 7.00 pagi.
Lokasi serangan dalam bentuk papan tanda
Kedai makan berhampiran jeti kelihatan guide memberi penerangan
Papan tanda amaran di jeti melarang sebarang bot yang tidak berlesen.
Kelihatan para pemancing menunggu masa bertolak.
Restoren terapung..betul ke ni..abih kenapa kerusi banyak sangat
Kami bertolak setelah selesai bersarapan dengan bot besar dan kecil.Perjalanan yang menyaksikan keindahan tasik banding membuatkan semangat kami berkobar-kobar untuk menduga lubuk-lubuk disini.Kami juga singah kem kawalantentera untuk cop permit dimana mengambil gambar tidak di benarkan.
Bergambar ramai-ramai di bot besar.
Dua lagi di bot kecil bersama-sama barangan.
Papan tanda ke sungai selatan
Perkampungan orang asli dapat di lihat semasa perjalanan
Papan tanda menunjukan kami memasuki kuala sungai kejar
Klinik bergerak yang sedang parking di kem sungai kejar
laluan agak sukar kerana berbatu serta cetek
Kami tiba di kawasan yang sesuai berkhemah kerana bot tidak boleh meneruskan perjalanann akibat sungai yang cetek serta berarus deras. Tapak perkhemahan
Tapak perkhemahan yang lebih kepada dapur serta tempat makan.
Razak bersama sebarau yang meragut spoon.
Toman yang membaham Yozuri F milik JS
Tegas yang berjaya di panjing Oleh amir mengunakan umpan kelapa sawit.
Jan bersama sebarau yang menerkam rapala Ratling .
nasir bersama hasil sebarau yang menyambar sesudu bakau.
Sebahagian hasil tangkapan
Sekali-sekala pekena kaloi bakar cecah air asam pun apa salahnya kan .
Sebarau bakar ada kesan terbakar sedikit tetapi selamat diperutkan oleh para pemancing.
Tamat..insyallah kalau ada kesempatan kami akan datang lagi
Posted at 11:50 pm by pemancingtegar
[UNTUK KOMEN ARTIKEL INI SILA CLICK PADA PERMALINK] Permalink
Tuesday, May 12, 2009
Tengiri Tuas Yan
Trip singkat dengan jumlah empat orang pemancing untuk menduga species sansaran iaitu tengiri.Trip kali ini kami menperaktikan kaedah Casting dan hanyutan umpan hidup yang lebih dikenali di kedah sebagai hamboq.Teknik hamboq medomisasikan hasil tangkapan manakala teknik casting spiner tidak membuahkan apa-apa hasil.Trip ini boleh di klasifakasikan sebagai kumpau .Hanya empat ekor tengiri berjaya di naikkan manakala dua lagi rabut.Di bawah disertakan gambar sebagai halwa mata.
Tekong sedang memerhati lokasi
Lanun
Hasil tangkapan
Posted at 07:34 pm by pemancingtegar
[UNTUK KOMEN ARTIKEL INI SILA CLICK PADA PERMALINK] Permalink
Saturday, April 25, 2009
Stingray Segantang Garam
Semasa di tempat kerja kami begitu teruja dengan cerita yang dibawa oleh Amir ketika pertandingan memancing yang diadakan oleh kelab sukan tempat kerja kami.Menurut Amir tarikan kasar yang berjaya mengeluarkan banyak tali dari kekili serta membengkokkan pin kili nya membuatkan dia tak senang duduk .Species apakah itu yang sebegitu ganas tarikkan nya .
Lokasi tersebut adalah sebuah sangkar terapung yang terdapat kemudahan untuk memancing disamping kelengkapan seperti chalet.Ia terletak di kawasan segantang Garam daerah Merbuk.Kali pertama kami memancing untuk menyahut cabaran tarikan ganas tersebut telah berlangsung dengan sedikit kumpau.Ikan yang di naikkan hanya gelama ,duri,ketuka dan sembilang yang berumpankan udang hidup.Keadaan air agak pasang besar dan kami menperaktikkan pancingan dasar.Trip berakhir dengan sedikit kekecewaan "mana pergi species ganas ini".Macam biasa mingu depan kita try lain.
trip kali kedua ini agak sukar mendapat udang hidup kerana air mati jadi udang yang dibeli agak mahal kerana udang di tangkap mengunakan jala ,tidak mengunakan pompang .Apa-apa pun kami teruskan juga niat kami untuk memancing.Pada awalnya kami berjaya menaikkan species seperti trip pertama .Bonus seperti ikan temenin dalam 900 gram berjaya di naikkan .Lebih kurang pukul 3.00 petang rod yang di letakan di hujung sangkar berdesir mengeluarkan tali menandakan tarikan kuat ikan .species tersebut pada mulanya disangkakan siakap merah berjaya mengeluarkan tali yang berkuatan 25 paun menyebabkan suasana kelam kelibut.Setelah bertarung lebih kurang 8 minit bayang species tersebut muncul di permukaan air .Rupanya sang pariyang bergelut melepaskan diri.setelah 12 minit bertarung pari tersebut berjaya di naikkan yang berskala 11 kilo.Dia bawah adalah bukti gambar buat tatapan sahabat-sahabat.
Pemandangan chalet terapung
Temapat memancing di atas sangkar
Temenin yang dinaikkan antara bonus untuk memancing disini.
Pari 11 kilo yang di naikkan
Posted at 10:45 am by pemancingtegar
[UNTUK KOMEN ARTIKEL INI SILA CLICK PADA PERMALINK] Permalink
Alun Timur bertemu Barat Koh Rok Thailand The begining part1
Bot kedua
Nama pemancing matbrie aziz(bapak) jef atan zahir mat panjang
Hari pertama Perjalanan ke koh rok memang meletihkan dan masa digunakan untuk berehat serta menyediakan perambut.Para pemancing begitu teruja untuk menduga lubuk yang di perkatakan selama ini oleh para pemancing.pada sebelah malam kami melakukan acara pancingan dasar yang mengunakan umpan sotong hidup berjaya menaikkan cupak serta gerepoh dan alu-alu.
Hari kedua Pancingan pada awal pagi berjaya menaikkan tiga ekor kertang yang berskala belasan kilo.Selain itu species seperti landuk ,kerapu bara dan lain-lain turut berjaya dinaikkan.Pada sebelah malam hanya dua ekor jenahak berjaya dinaikkan .
Hari ketiga Pada waktu siang kami di kejutkan dengan boiler dari cupak disekeliling bot kami.Lalu kami menurunkan jig ,maka berlakulah acara jig berpasukan.Hasilnya berjaya menaikkan pelbagai saiz cupak.Cuma pada sebelah malam jef berjaya menaikkan seekor jerung yang membuatkan bot dalam keadaan riuh rendah.
Hari keempat setelah mengemas segala peralatan kami bertolak pulang .sekian dari kami pemancing tegar.
Cupak yang dinaikkan mengunakan jig oleh matbrie
Antara yang dinaikkan oleh jig besi
kerapu bara turut menjadi mangsa
Aksi yang mendebarkan
Piala yang di menangi
Alu-Alu senjakala
sebelah malam tak kurang hebatnya dengan Ebek
Jerung turut terpedaya
Malam pun tak kurang dengan cupak
Cupak lagi
Sebahagian daripada hasil bot kedua
Tamat.
Posted at 10:07 am by pemancingtegar
[UNTUK KOMEN ARTIKEL INI SILA CLICK PADA PERMALINK] Permalink
Alun Timur bertemu Barat Koh Rok Thailand The begining
Bot pertama Nama pemancing Rizal Wan panjang Razak bangla Alang Romizan Mohd Nasir
Hari pertama
Walaupun perjalanan ke Koh Rok mengambil masa sembilan jam dari jeti Pak Bara ,Masa untuk mengambil umpan sotong di kepulauan Taratuoa serta mengambil umpan ikan termenung telah memanjangkan perjalanan kepada 12 jam .Ini amat meletihkan para pemancing ,aktiviti yang dilakukan sepanjang perjalanan seperti menyediakan perambut yang sesuai serta merehatkan badan untuk pertarungan yang bakal di tempuhi kelak.Dengan jumlah sotong yang agak kurang bot yang membawa pemancing meredah lautan menuju ke Koh Rok.Pada sebelah malam alun agak kuat ,menyebabkan sebilangan pemancing terpaksa tidur awal dan sebilangan pemancing lagi melakukan pancingan yang mengunakan kaedah sotong hidup yang menhasilkan tangkapan seperti jenahak,gerepoh dan Alu-alu.Ini adalah malam kemuncak di mana banyak ikan yang dapat ditewaskan.
Hari kedua
Acara pada siang hari melakukan pancingan mengunakan kaedah pancingan dasar hirisan ikan (Appolo)banyak species di naikkan seperti kerapu,landok.kerisi,kerapu bara dan lain-lain lagi.Pada sebelah malam alun agak baik ini membuatkan semua pemancing dapat mengunakan kaedah pancingan dasar berumpankan sotong hidup.Hanya dua ekor jenahak dapat di naikkan dan dua ekor ikan (Biji nangka Pangilan kami kalau silap minta maaf)dapat di naikkan.
Hari ketiga
Pada siang hari cuaca agak baik kaedah pancangan dasar (apollo)di lakukan seperti biasa ikan seperti kerapu,landok.kerisi dan lain-lain di naikkan .Sementara Kaedah poping dan jigging tidak memberi sebarang rentapan.Pada sebelah malam kami di kejutkan oleh sekumpulan ikan lumba-lumba menangkap ikan terbang pada mulanya di sangkakan ikan tengah frenzy .Dengan jumlah yang begitu banyak ikan lumba-lumba menghampiri bot menangkap ikan terbang yang tertarik dengan cahaya lampu bot .Tiada hasil untuk pancingan di sebelah malam di lokasi ini walaupun tekong berubah ke beberapa lokasi.
Hari keempat
seperti biasa melakukan acara pancingan dasar dan lain-lain lagi sehinga pukul 12.00 pm kami bertolak pulang.
hasil pancingan sebelah malam
Jenahak turut dinaikkan
Ikan biji nangka turut menyambar umpan
Lagi jenahak yang dinaikkan oleh rizal
Aksi pertarungan rizal
Wan panjang bersama cupak yang berjaya dinaikkan
Waktu siang species seperti landuk bersaiz hidangan dapat dinaikkan
Sebahagian dari hasil tangkapan
kita nantikan Sambungan untuk bot yang kedua.....
Posted at 07:07 am by pemancingtegar
[UNTUK KOMEN ARTIKEL INI SILA CLICK PADA PERMALINK] Permalink
Friday, January 09, 2009
Hasil dari balik kampung
Semasa nak balik kerja Md Nasir pangil aku dengan menunjukan handset dia kat aku.Budak nih nak tayang handset dia ka..aku terfikir sejenak lalu aku pun bergegas ke arah dia berdiri.
Md.Nasir: Wey wan hang tengok gambar nih ..hasil mengai semasa balik kampung JS:Gambar rupanya , aku ingat hang nak tayang handset kat aku Md.nasir:Sekali tayang handset la ...hehehe JS:Wey besar juga toman nih ..port mana hang pi nih Md.Nasir:Ada la port nih kampung akunya kawasan orang sembelih ayam ..amacam terancam minda hang tak ? JS:Hampas..bila nak repeat nih? Md.Nasir:Raya cina nanti aku bagitau hang sebelum tu hang tengok dulu kaloi kami bulih.. JS:Hang pandai perangat aku nooo...ok kita repeat lain raya cina nih,ok weh aku nak balik dah nih Md.Nasir:Tidoq lena nanti...hehehe JS:Hampas.....ok Chau
Gambar yang berjaya meracun pemikiran aku pada tahap 60%
Gambar Lokasi Pancingan
Toman yang di naikkan
Kaloi yang dinaikkan ,ekor patah sedikit ketika bergasak
Posted at 09:24 am by pemancingtegar
[UNTUK KOMEN ARTIKEL INI SILA CLICK PADA PERMALINK] Permalink