LINK KE LAMAN SETERUSNYA .LAMAN INFORMASI Laman infomasi tentang teknik ,perambut dan lain-lain, pemancing dapat belajar di sini sila click di sini.
.FORUM P.TEGAR Forum untuk para pemancing berkomunikasi serta membincangkan trip-trip memancing serta memasukan gambar sila click di sini.
(Blog Ini Telah Di Lihat)
Tarikh:15nov-17nov 2008 Jumlah pemancing:9 orang kos bot:satu kepala Rm370 tekong:Nong Awak2:Osman Umpan:Sotong,ikan temenu borek,gewang tundaan ,bulu ayam dan jig
Merit Pengankutan : 10/10 Makanan : 10/10 komitmen peserta:5/10 lokasi lubuk:9/10 masa pancingan:5/10 tekong:9/10 awak2:10/10 cuaca:10/10 umpan:3/10 Teknik bottom:10/10 tundaan gewang:2/10 Casting:2/10 jiging:2/10 poping:0/10 Arus:8/10 Hasil Tangkapan:7/10
Ulasan trip
Masa bertolak pada pukul 7.00am seperti yang di beritahu oleh saudara hamdan (tekong darat)terpaksa di lanjutkan kepada 9.00am kerana sebab kelewatan salah sorang dari pemancing disebabkan masalah peribadi.Port pertemuan terletak di kilang Yuasa tikam batu .Sejak awal lagi Van menungu dan kami bertolak pada pukul 9.20am sampai ke jeti Pak Bara pada pukul 1.00pm,setelah acara mememungah barang ke bot makan kami bertolak pada pukul 2.00pm ke lokasi mengambil umpan sotong sehinga pukul6.00am kami bertolak untuk mengambil umpan ikan mengunakan teknik apolo untuk teknik hirisan ikan.
Sekitar pukul 10.30 am kami memulakan acara memancing mengunakan hirisan isi ikan untuk memancing kerapu di selang seli ngan jiging dan casting bulu.Hasil dari pancingan dasar dengan hirisan isi ikan banyak menaikan kerapu dalam skala 800 gram - sekilo begitu juga dengan cupak tanda karang .Teknik casting dan jiging tidak mendatangkan hasil di sebabkan faktor arus dan masa yang tidak sesuai serta lokasi.Tekong pun beberapa kali mengubah kedudukan dan lubuk.
Pada pukul 5.00pm kami bertolak untuk sampai ke lubuk untuk pancingan jenahak dan lain-lain pemangsa mengunakan umpan sotong.Dilubuk ini kami menaikan kan alu2 serta jenahak banyak perambut putus di sebabkan kehadiran alu2 acara di tamat sekitar pukul 7 dan tekong membawa ke lubuk untuk memancing ikan tengiri mengunakan umpan ikan serta hirisan isi ikan ini menyaksikan teknik apolo hirisan isi ikan berjaya menaikan ikan terbesar trip ini iaitu haruan tasik yang bersekala 6 kilo .Di lubuk ini ikan tengiri tiada kelibat entah mengapa.Di lubuk ini juga berjaya menaikan layaran 4kilo dengan mengunakan teknik ikan temenu borek yang di hanyutkan .
kami meneruskan cara memancing mengunakan kaedah hirisan isi ikan mengunakan perambut apolo yang banyak menaikan kerapu bersaiz hidangan dan bertolak balik pada pukul 2.00pm sampai ke Pak bara sekitar pukul 3.00pm dan van yang sedia menungu di sana .Setelah sesi memungah barang kami bertolak ke wang kelian dan sampai sekitar pukul 5.00pm dan urusan border past selesai dan bertolak balik sekitar pukul 6.00pm sampai ke tempat pertemuan pada pukul 8.30pm dan acara membahagikan hasil tangkapan dan selesai pada pukul 10.00pm.
Dibawah di sertakan gambar sebagai tatapan sedikit racun hehehe...
van yang membawa para pemancing
Tekong dan awak2
tekong darat terima kasih organize trip ini
Berbincang tentang teknik yang hendak digunakan
Umpan yang digunakan
Landok pertama dinaikan
Gerepoh pertama di naikkan
Ikan terbesar trip ini haruan tasik
ikan jepun turut dinaikkan
Alu2 pertama di naikan mengunakan hirisan isi ikan apolo
Rambai yang dinaikan
antara Kerapu yang dinaikan
Triple hook oleh amir
aksi layaran menarik kail
Aksi amir ketika strike alu2
ini adalah hasilnya
Kami di asak alu-alu di sebelah malam
Alu-alu yang dinaikan
Jenahak pertama sebelah malam
Antara alu-alu yang dinaikkan
Kami di asak oleh alu-alu pada sebelah malam
Antara hasil yang diperolehi
Kerapu bersaiz hidangan banyak di perolehi
Gambar hasil keseluruhan
Merit 7 bintang dari 10 bintang
Posted at 07:36 am by pemancingtegar
[UNTUK KOMEN ARTIKEL INI SILA CLICK PADA PERMALINK]