LINK KE LAMAN SETERUSNYA .LAMAN INFORMASI Laman infomasi tentang teknik ,perambut dan lain-lain, pemancing dapat belajar di sini sila click di sini.
.FORUM P.TEGAR Forum untuk para pemancing berkomunikasi serta membincangkan trip-trip memancing serta memasukan gambar sila click di sini.
(Blog Ini Telah Di Lihat)
Semasa di tempat kerja kami begitu teruja dengan cerita yang dibawa oleh Amir ketika pertandingan memancing yang diadakan oleh kelab sukan tempat kerja kami.Menurut Amir tarikan kasar yang berjaya mengeluarkan banyak tali dari kekili serta membengkokkan pin kili nya membuatkan dia tak senang duduk .Species apakah itu yang sebegitu ganas tarikkan nya .
Lokasi tersebut adalah sebuah sangkar terapung yang terdapat kemudahan untuk memancing disamping kelengkapan seperti chalet.Ia terletak di kawasan segantang Garam daerah Merbuk.Kali pertama kami memancing untuk menyahut cabaran tarikan ganas tersebut telah berlangsung dengan sedikit kumpau.Ikan yang di naikkan hanya gelama ,duri,ketuka dan sembilang yang berumpankan udang hidup.Keadaan air agak pasang besar dan kami menperaktikkan pancingan dasar.Trip berakhir dengan sedikit kekecewaan "mana pergi species ganas ini".Macam biasa mingu depan kita try lain.
trip kali kedua ini agak sukar mendapat udang hidup kerana air mati jadi udang yang dibeli agak mahal kerana udang di tangkap mengunakan jala ,tidak mengunakan pompang .Apa-apa pun kami teruskan juga niat kami untuk memancing.Pada awalnya kami berjaya menaikkan species seperti trip pertama .Bonus seperti ikan temenin dalam 900 gram berjaya di naikkan .Lebih kurang pukul 3.00 petang rod yang di letakan di hujung sangkar berdesir mengeluarkan tali menandakan tarikan kuat ikan .species tersebut pada mulanya disangkakan siakap merah berjaya mengeluarkan tali yang berkuatan 25 paun menyebabkan suasana kelam kelibut.Setelah bertarung lebih kurang 8 minit bayang species tersebut muncul di permukaan air .Rupanya sang pariyang bergelut melepaskan diri.setelah 12 minit bertarung pari tersebut berjaya di naikkan yang berskala 11 kilo.Dia bawah adalah bukti gambar buat tatapan sahabat-sahabat.
Pemandangan chalet terapung
Temapat memancing di atas sangkar
Temenin yang dinaikkan antara bonus untuk memancing disini.
Pari 11 kilo yang di naikkan
Posted at 10:45 am by pemancingtegar
[UNTUK KOMEN ARTIKEL INI SILA CLICK PADA PERMALINK]