SELAMAT DATANG KE BLOG PEMANCING TEGAR SEMOGA KEDATANGAN ANDA DAPAT KITA BERSAMA BERKONGSI PENGALAMAN OOooOOOoo PARA PEMANCING oOOOOoo Jerungsopan-- Wan Panjang-- Wonglokan-- AmirTocet-- RizalBunga-- Razak-- Romizan-- Undertacker-- Usof-- Ahceng-- MatBrie-- Bard-- Baby Men-- Paktat-- PakcikLeman-- MatTaki-- Achik-- Adon-- Jef-- Jamil--Kongkiaksopan--







LINK KE LAMAN SETERUSNYA
.LAMAN INFORMASI
Laman infomasi tentang teknik ,perambut dan lain-lain, pemancing dapat belajar di sini sila click di sini.
.FORUM P.TEGAR
Forum untuk para pemancing berkomunikasi serta membincangkan trip-trip memancing serta memasukan gambar sila click di sini.
Counters
(Blog Ini Telah Di Lihat)
CURRENT MOON


JANGAN LUPA TINGAL KAN SEDIKIT NUKILAN DARI ANDA BUAT KAMI


   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

BIODATA AHLI


Nama/Nickname:Wan (jerungsopan)
Umur :30
Lokasi:Sungai petani
Contact/Email: jerung_sekular@yahoo.com
Blog /laman web: www.jerungsopan77.blogdrive.com



Nama/Nickname:Razak Mat
Umur :35
Lokasi:Sungai petani
Contact/Email:
Blog /laman web: tiada



Nama/Nickname:Romizan HeroSlow
Umur :30
Lokasi:Sungai petani
Contact/Email:
Blog /laman web: tiada



Nama/Nickname:Rizal Shinobi
Umur :28
Lokasi:Sungai petani
Contact/Email:
Blog /laman web: tiada



Nama/Nickname:Amir Tocet
Umur :30
Lokasi:Sungai petani
Contact/Email:
Blog /laman web: tiada



Nama/Nickname:Wong Lokan
Umur :27
Lokasi:Sungai petani
Contact/Email:
Blog /laman web: tiada



Nama/Nickname:Wan Panjang
Umur :30
Lokasi:Sungai petani
Contact/Email:
Blog /laman web: tiada



Nama/Nickname:Mohd Nasir Kucing Tora
Umur :35
Lokasi:Sungai petani
Contact/Email:
Blog /laman web: tiada


Nama/Nickname:Elvis
Umur :30
Lokasi:Sungai petani
Contact/Email:
Blog /laman web: tiada


Nama/Nickname:Tekong Leman
Umur :30
Lokasi:Sungai petani
Contact/Email:
Blog /laman web: tiada


Nama/Nickname:Li Superman
Umur :31
Lokasi:Sungai petani
Contact/Email:
Blog /laman web: tiada


Nama/Nickname:Acix Barramundi
Umur :28
Lokasi:Sungai petani
Contact/Email:
Blog /laman web: tiada


Nama/Nickname:Jamil Berbolos
Umur :28
Lokasi:Sungai petani
Contact/Email:
Blog /laman web: tiada


Nama/Nickname:Jef Garcia
Umur :30
Lokasi:Sungai petani
Contact/Email:
Blog /laman web: tiada


Nama/Nickname:Ajoi
Umur :38
Lokasi:Sungai petani
Contact/Email:
Blog /laman web: tiada


BLOG DAN LAMAN WEB YANG BOLEH ANDA LAWATI












Bigfishtackle.com
FatBoyDan Fishing












BLOG RAKAN-RAKAN

.TEKANAWAN.BLOGSPOT


ETIKA MEMANCING
  • Membawa balik ikan yang diperlukan sahaja untuk menghormati kehidupan laut.
  • Tidak membuang sampah merata-rata serta menjaga kebersihan persekitaran
  • Sentiasa meningkatkan ilmu memancing, pengunaan peralatan dan pengendalian bot
  • Mematuhi peraturan memancing dan pengendalian bot
  • Menghormati hak-hak pemancing yang lain
  • Menghormati peraturan padang pancing persendirian
  • Menyebarkan pengetahuan serta nasihat berguna untuk generasi baru
  • Menyokong usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar
  • Tidak melepaskan ikan dan tumbuhan keperairan awam
  • Berusaha memajukan sukan memancing negara kita




  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed

    Monday, November 10, 2008
    post mortem casting bulan di sungai Mas

    Jumlah pemancing :3 orang
    teknik:casting bertukar kepada bottom fishing
    lokasi:Kuala muda
    spot:Muara sungai di tebing di penuhi pokok bakau
    Target: Bulan
    Hasil:sekor semilang juvana

    Ulasan trip

    Masa kerja malam memba berjaya meracun untuk casting bulan jadi lepas balik kerja malam terus kami pergi ke lokasi .kami amat teruja melihat tempat tersebut kerana rupa bentuk macam pentas memancing kerana luas dan sedikit kecewa kerana keadaan air yang keruh.Kelibat bulan ada tapi menyambar di seberang tebing di celah rimbunan bakau casting tak sampai.Nasib baik bawa rod dan mesin bottom alih-alih korek cacing untuk mancing bottom tu yang naik semilang juvana .Apa2 pon kami angap trip nih sebagai trip meneroka lubuk baru.

    Kenapa trip nih kumpau

    1.Bulan trak mau mai dekat skit dok main area reba ja

    2.Akibat dari ketagih nak memancing trip ini dilakukan dengan tidak mengira faktor air yang keruh.

    3.Lari dari tujuan asal casting ke bottom fishing

    Hasil setelah kumpau

    1.Jerung demam dan mendapat cuti sakit sehari

    2.Masing2 bertekad nak mencuba di lain kali


    Spot tempat memancing


    Pemandangan di pintu kuala


    Hasil tangkapan sekor semilang juvana



    Posted at 10:21 pm by pemancingtegar
    [UNTUK KOMEN ARTIKEL INI SILA CLICK PADA PERMALINK]  

    Saturday, November 01, 2008
    Report makan angin di bersia sempena Depavalli

    Lokasi: Grik Bersia perak
    Tarikh:27/10/2008 bersamaan depavalli
    Peserta:4 orang
    Kos: 1 bot 2 penumpang RM50 engine bot bawa sendiri
    Teknik:Casting gewang serta tangkap dan bergambar serta melepaskan semula di habitat nya.
    Jenis gewang: Selaman dalam dan permukaan
    hasil:Hampes ,kumpau,yelek dan perkataan yang sesuai dengan tak dapat apa-apa walaupun terdapat tiga kali strike semuanya rabut.

    ringkasan trip

    1. 2.00 pagi bertolak dari sungai petani
    2. 3.30 pagi sampai di jeti Bersia
    3. 4.00 pagi dah berada tengah tasik
    4. 4.20 -5.00 pagi repair engine bot 4 kuda di sebabkan campuran minyak dan 2T yang berlebihan.
    5. 5.00 pagi-6.30 Sarapan sambil rehat
    6. 6.30 pagi-9.00 pagi perjalanan ke hulu tasik untuk casting sebarau
    7. 9.00 pagi -11.00 pagi acara casting sebarau di laluan keluar air dari ampangan temengor dan kawasan yang sewaktu denganya.
    8. 11.00 pagi -12.00 tengahari bertolak sambil singah casting di muara sungai kecil yang masuk ke tasik.
    9. 12.00 tengahari-3.00 petang singah di chalet yang di tingalkan untuk acara  makan tengahari dan acara tido sambil mengeroh
    10. 3.00petang -5.30 petang acara balik ke jeti sambil casting toman (termasuk dengan mencari anak-anak toman di suak atau teluk )
    11. 5.30 petang tiba di jeti dengan penuh keazaman untuk kembali lagi...
    12. 6.00 petang sesi memberi bayaran pada tekong darat dan bersembang dan start engine keta dan terus pulang..wsalam

    Kenapa trip ini Kumpau

    1.Masa perjalanan untuk menduga sebarau pada hujung tasik (berhampiran ampangan temengor)terlalu lama di samping engine bot yang kecil kuasa kuda nya .

    2.Info dari tekong darat mengatakan bahawa terdapat lebih dari 15 orang pemancing sudah berada di tasik dari hari sabtu lagi ini memberi tekanan pada spot2 yang menarik kebanyakan anak toman yang kami temui tiada berayah atau beribu atau sudah di layan oleh pemancing sebelum kami menyebabkan sakit pada bahagian mulut dan serik membaham gewang kami.Berkemungkinan toman dibawa pulang oleh pemancing sebelum kami tidak dapat di pastikan.

    3.Keadaan air yang masam dan keruh di sebabkan pintu kedua ampangan temengor di buka.(Maklumat dari penduduk setempat kalau air masam nih ikan tak mau) yang bestnya tekong darat tak bagitau pun isk isk....

    petua di lain kali

    1.Elak dari trip di waktu cuti umum
    2.Dapatkan kepastian dari tekong darat tentang air serta pintu ampangan yang di buka.
    3.Jangan campur minyak 2t lebih sangat nanti engine bot tak hidup.hehehe..



    Naik bot sambil menikmati alam sekitar

    Air sedikit keruh menpengaruhi hasil

    Keruh dan masam menyebabkan tiada sambaran

    Spot untuk sebarau terdapat dua sambaran tapi rabut di sini

    pemandangan ampangan temengor dari lensa kamera


    Posted at 07:53 am by pemancingtegar
    [UNTUK KOMEN ARTIKEL INI SILA CLICK PADA PERMALINK]  

    Wednesday, October 15, 2008
    Hasil tundaan Ikan tongkol

    Trip kali ini mengunakan kaedah menunda gewang dan ikan tongkol yang di hadiri oleh empat orang pemancing tegar iaitu saudara nasir ,razak,romizan dan elvis.Lokasi kali ini di jeti kuala sala dan tekong Abang Pie.


    Razak bersama Pecah Periuk lima kilo


    Razak dengan tengiri 7 kilo dan Elvis bersama Alu-alu 12 kilo


    Nasir bersama hasil tangkapan


    Hasil tangkapan

    Ulasan trip kali ini amat memberangsangkan dengan aksi perlawanan menarik hasil tundaan ikan tongkol serta gewang.Nantikan bulan trip kedua akan menyusul.

    Posted at 06:58 pm by pemancingtegar
    [UNTUK KOMEN ARTIKEL INI SILA CLICK PADA PERMALINK]  

    Saturday, October 11, 2008
    Sembilang Segantang Garam

    Team tanacom menganas lagi kali ini dengan trip memburu sembilang di sungai merbuk.Trip ini di hadiri seramai 4 pemancing yang mempertaruhkan hirisan udang pasar dan udang hidup.Teknik yang digunakan ialah pancingan dasar manakala lokasi pancingan di kuala segantang garam salah satu cabang dari sungai merbuk.


    Jeff dengan sembilang pertama



    Tekong Mat Brie bersama sembilang kedua


    Amir bersama Sembilang terbesar trip ini 800 gram


    Amir bersama juvana ikan kuku

    Trip singkat ini bagaimanapun agak berjaya kerana menaikan species sansaran iaitu sembilang.Kuala segantang garam ini masih berpontesi bagi kaedah pancingan dasar kerana mempunyai lubuk yang menarik.


    Posted at 10:03 pm by pemancingtegar
    [UNTUK KOMEN ARTIKEL INI SILA CLICK PADA PERMALINK]  

    Wednesday, October 08, 2008
    Trip singkat ilang kan ketagih

    Trip singkat ini bukan apa nak lepaskan gian memancing setelah abih raya.Semasa kat tempat kerja Razak ada bagitau si nasir hari tu sebelum raya ada pi satu lubuk ngan adik serta dua lagi rakan adiknya .Tujuan awal nak memancing talapia alih-alih si bulan plak ngamuk.dengan hasil tangkapan bulan sebanyak empat ekor inilah membuat kami seramai enam orang nak try casting bulan kat sana .

    Menurut nasir semasa strike bulan tu keadaan air surut tapi petang nih air tengah nak pasang tapi apa-apa pun kami nak try la .


    Lubuk ini agak luas dari yang lain air nya berpusing




    Wan panjang sedang leka bercasting


    setelah mencuba lubuk ini dengan seni casting pelbagai teknik dan gewang tiada strike bulan berlaku cuma seekor talapia juvana yang membaham gewang abu tomentor milik jerung.Trip kali ini tidak berjaya mungkin di sebabkan hujan yang lebat semalam mengeruhkan spot ini dan air baru bunga pasang keadaan air masin yang belum masuk ke kawasan spot ini kerana terletak jauh skit dari sungai utama.Apa-apa pun tujuan kami nak melihat spot ini sambil try casting.Kami akan datang lagiuntuk menduga lubuk ini.Lubuk ini terletak di daerah bedong tak jauh dari sungai petani.

    Posted at 10:09 am by pemancingtegar
    [UNTUK KOMEN ARTIKEL INI SILA CLICK PADA PERMALINK]  

    Sunday, September 21, 2008
    Trip kakilai lagi .....

    Trip kakilai lagi hehehe..bukan ketagih tapi trip ini tak lain bukan nak jumpa kawan dari Utara Angler saudara nabil yang mengajar teknik casting siakap di kolam terbabit.Syok juga layan casting ngan saudara Nabil sebelum nih jumpa dalam internet ja sembang pon dalam forum dan hari ini menjadi sejarah jumpa betul- betul.

    saudara Nabil dengan siakap nya



    Siakap ini memberi perlawanan menarik kerana mata kail terlekat kat belakang dia .


    Saudara Nabil lagi Yang nih kecik sedikit apa pun layannnnn...


    Ulasan trip kali ini amat menyeronokkan kerana dapat bertemu dengan saudara Nabil dan sempat ambil petua nak casting siakap di waktu bulan puasa .Tak pa nanti kita layan lain noo..Nabil


    Posted at 09:07 pm by pemancingtegar
    [UNTUK KOMEN ARTIKEL INI SILA CLICK PADA PERMALINK]  

    Friday, September 19, 2008
    Mengewang di Kakilai sambil mengilai

    Kolam Casting Kakilai memang menjadi sebutan para pemancing dan majalah pancing.Sememangnya kolam yang ideal untuk teknik mengewang telah mengamit dua pemancing tegar iaitu Romizan dan Wan untuk memperaktikan seni aura mengewang di kolam terbabit dengan bayaran Rm 30 ringit untuk satu joran.Daya juang species barramundi ini mendomasikan hasil tangkapan hari ini.Kami di fahamkan di sini turut terdapat species Gian Travely atau singkatannya GT tapi untuk trip kali ini entah kemana menghilangnya kerbau ini mungkin puasa agaknya.Konsep di kolam ini ialah tangkap dan lepas jangan melepas dah le.


    Saudara Romizan dengan siakap yang menyambar poper beliau.


    Wan bersama Siakap yang menyambar jig besi merah putih yang ditarik seperti mengilat.


    Double hookup oleh romizan dan tukang tangkap gambar


    Yang ini membaham poper skiter walk dari Rapala


    Sambaran dari siakap terakhir sebelum waktu berbuka puasa

    Ulasan untuk trip kali ini memuaskan walaupun tiada GT yang sudi membaham gewang kami tetapi dengan aksi akrobatik dari sang putih amat mempersonakan kami .Rumusan kami untuk trip kali ini pengunaan gewang permukaan amat praktikal kerana siakap di sini gemar dengan bunyi pop yang di hasilkan serta percikan air .Di bawah di tunjukan gewang yang kami gunakan semasa menipu siakap di sini.


    Perhatikan gewang paling kanan jig merah putih pergerakannya seperti pencil jika di karau laju.Pada awal semasa mengunakanya mendapat sambaran yang kuat tapi lucut akibat kesilapan saudara Wan kerana tidak menukar mata kail tiga yang kuat menyebabkan mata kail patah.


    Gewang selaman dalam tiada satu pun mendapat sambaran mungkin waktu dan air yang sedikit keruh serta ketika sesudu gewang mengena dasar menakutkan ikan .Gewang pertengahan pun tiada sambaran mungkin hari nih ikan terliur ngan poper pangang...

    Kami mungkin akan datang lagi tungulah hasilnya nanti wasalam.



    Posted at 10:52 am by pemancingtegar
    [UNTUK KOMEN ARTIKEL INI SILA CLICK PADA PERMALINK]  

    Tuesday, September 16, 2008
    Trip mancing singkat di bulan ramadan

    Trip singkat kat sungai merbuk ini di hadiri oleh 3 orang pemancing tegar iaitu amir tocet ,wan panjang dan razak.Teknik yang digunakan bottom fishing mengunakan udang hidup sebagai pembuka selera ikan di bulan puasa nie .Lubuk yang diduga berdekatan ngan tuas yang di bina 2 tahun lalu mengunakan kayu bakau agak2 dalam 30 batang tapi tak berapa nampak sangat tuas tersebut mungkin kayunya dah rapat di dasar.


    Razak bergaya dengan siakap (barramundi )


    Wan panjang dengan siakap betina ke yang jantan nih sepasang siakap kat lubuk tuas terpendam


    Amir tocet ngan siakap merah dan tak lupa pula bergambar dengan siakap hasil orang lain .Bukan apa nak tunjuk nisbah siakap merah dengan siakap putih.


    Hasil tangkapan siputih dan simerah


    Ulasan trip kali ini ialah amat memberangsangkan hasilnya kerana faktor air yang sesuai sedikit jernih dan umpan yang sesuai yang dapat membuka selera ikan di bulan puasa nie.Dan lagi satu dengan tertangkap nya species siakap merah membuka seribu satu makna dalam arena pancingan kami pemancing tegar .Kerana trip2 sebelum ini di sungai merbuk rekod tangkapan siakap merah masih belum di pecahkan oleh kami dan ucapan tahniah kepada amir tocet kerana berjaya menjinakan species tersebut.Jasa mu akan kami kenang hehehe.






    Posted at 07:33 am by pemancingtegar
    [UNTUK KOMEN ARTIKEL INI SILA CLICK PADA PERMALINK]  

    Wednesday, September 03, 2008
    Trip memancing Jambatan Yan

    Trip kali ini untuk menduga species Pari terletak di lokasi Jambatan Yan di antara darat ke Pulau Bunting.Trip kali ini dihadiri oleh para pemancing tegar seramai lima orang .



     


    Trip kali ini kumpau kerana beberapa faktor iaitu keadaan air yang tidak sesuai dan umpan.Tempat memancing boleh dikatakan menarik tapi dengan kehadiran mat rempit diatas jambatan amat mengangu konsenterasi kami untuk memancing.Dengan kehadiran mereka dengan motor yang laju memecut membigitkan telinga .Kehadiran parasit seperti lipas pun banyak .ulasan untuk trip kali ini amat mendukacitakan tapi ini tidak akan melemahkan semangat kami untuk terus menduga lubuk ini.

    Posted at 10:38 am by pemancingtegar
    [UNTUK KOMEN ARTIKEL INI SILA CLICK PADA PERMALINK]  

    Sunday, August 24, 2008
    Trip memancing di lombong kilang bata sidam

    Trip kali ini disertai oleh 4 orang pemancing tegar , iaitu Wong ,Wan panjang amir dan Wan .Trip kali ini ingin menduga lubuk yang banyak terdapat species seperti Patin ,Belida,Lampam,Haruan dan Talapia.Umpan yang digunakan seperti Roti dan Gewang.Teknik pancingan Bottom Fishing Dan Casting .


    Spot memancing yang menarik,Ikan memang banyak tapi susah nak makan umpan.


    keluasan lombong terbabit amat mengujakan kami


    Wan panjang sedang asyik memancing


    Wan madet tengah usha ikan kot kot bulih tapi hampess


    Ulasan trip kali ini kurang memuaskan kerana geram dengan ikan yang timbul mengambil udara .Walaupun trip kali ini tidak berjaya kami akan mencuba umpan yang lain .Selain dari memancing kami dapat menikmati alam sekitar yang menarik sekian wsalam jumpa lagi trip akan datang iaitu menduga pari di Titi Yan.




    Posted at 10:44 am by pemancingtegar
    [UNTUK KOMEN ARTIKEL INI SILA CLICK PADA PERMALINK]  

    Previous Page Next Page