SELAMAT DATANG KE BLOG PEMANCING TEGAR SEMOGA KEDATANGAN ANDA DAPAT KITA BERSAMA BERKONGSI PENGALAMAN OOooOOOoo PARA PEMANCING oOOOOoo Jerungsopan-- Wan Panjang-- Wonglokan-- AmirTocet-- RizalBunga-- Razak-- Romizan-- Undertacker-- Usof-- Ahceng-- MatBrie-- Bard-- Baby Men-- Paktat-- PakcikLeman-- MatTaki-- Achik-- Adon-- Jef-- Jamil--Kongkiaksopan--







LINK KE LAMAN SETERUSNYA
.LAMAN INFORMASI
Laman infomasi tentang teknik ,perambut dan lain-lain, pemancing dapat belajar di sini sila click di sini.
.FORUM P.TEGAR
Forum untuk para pemancing berkomunikasi serta membincangkan trip-trip memancing serta memasukan gambar sila click di sini.
Counters
(Blog Ini Telah Di Lihat)
CURRENT MOON


JANGAN LUPA TINGAL KAN SEDIKIT NUKILAN DARI ANDA BUAT KAMI


   

<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31

BIODATA AHLI


Nama/Nickname:Wan (jerungsopan)
Umur :30
Lokasi:Sungai petani
Contact/Email: jerung_sekular@yahoo.com
Blog /laman web: www.jerungsopan77.blogdrive.com



Nama/Nickname:Razak Mat
Umur :35
Lokasi:Sungai petani
Contact/Email:
Blog /laman web: tiada



Nama/Nickname:Romizan HeroSlow
Umur :30
Lokasi:Sungai petani
Contact/Email:
Blog /laman web: tiada



Nama/Nickname:Rizal Shinobi
Umur :28
Lokasi:Sungai petani
Contact/Email:
Blog /laman web: tiada



Nama/Nickname:Amir Tocet
Umur :30
Lokasi:Sungai petani
Contact/Email:
Blog /laman web: tiada



Nama/Nickname:Wong Lokan
Umur :27
Lokasi:Sungai petani
Contact/Email:
Blog /laman web: tiada



Nama/Nickname:Wan Panjang
Umur :30
Lokasi:Sungai petani
Contact/Email:
Blog /laman web: tiada



Nama/Nickname:Mohd Nasir Kucing Tora
Umur :35
Lokasi:Sungai petani
Contact/Email:
Blog /laman web: tiada


Nama/Nickname:Elvis
Umur :30
Lokasi:Sungai petani
Contact/Email:
Blog /laman web: tiada


Nama/Nickname:Tekong Leman
Umur :30
Lokasi:Sungai petani
Contact/Email:
Blog /laman web: tiada


Nama/Nickname:Li Superman
Umur :31
Lokasi:Sungai petani
Contact/Email:
Blog /laman web: tiada


Nama/Nickname:Acix Barramundi
Umur :28
Lokasi:Sungai petani
Contact/Email:
Blog /laman web: tiada


Nama/Nickname:Jamil Berbolos
Umur :28
Lokasi:Sungai petani
Contact/Email:
Blog /laman web: tiada


Nama/Nickname:Jef Garcia
Umur :30
Lokasi:Sungai petani
Contact/Email:
Blog /laman web: tiada


Nama/Nickname:Ajoi
Umur :38
Lokasi:Sungai petani
Contact/Email:
Blog /laman web: tiada


BLOG DAN LAMAN WEB YANG BOLEH ANDA LAWATI












Bigfishtackle.com
FatBoyDan Fishing












BLOG RAKAN-RAKAN

.TEKANAWAN.BLOGSPOT


ETIKA MEMANCING
  • Membawa balik ikan yang diperlukan sahaja untuk menghormati kehidupan laut.
  • Tidak membuang sampah merata-rata serta menjaga kebersihan persekitaran
  • Sentiasa meningkatkan ilmu memancing, pengunaan peralatan dan pengendalian bot
  • Mematuhi peraturan memancing dan pengendalian bot
  • Menghormati hak-hak pemancing yang lain
  • Menghormati peraturan padang pancing persendirian
  • Menyebarkan pengetahuan serta nasihat berguna untuk generasi baru
  • Menyokong usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar
  • Tidak melepaskan ikan dan tumbuhan keperairan awam
  • Berusaha memajukan sukan memancing negara kita




  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed

    Tuesday, May 12, 2009
    Tengiri Tuas Yan

    Trip singkat dengan jumlah empat orang pemancing untuk menduga species sansaran iaitu tengiri.Trip kali ini kami menperaktikan kaedah Casting dan hanyutan umpan hidup yang lebih dikenali di kedah sebagai hamboq.Teknik hamboq medomisasikan hasil tangkapan manakala teknik casting spiner tidak membuahkan apa-apa hasil.Trip ini boleh di klasifakasikan sebagai kumpau .Hanya empat ekor tengiri berjaya di naikkan manakala dua lagi rabut.Di bawah disertakan gambar sebagai halwa mata.


    Tekong sedang memerhati lokasi
             
                  
                   Lanun


    Hasil tangkapan

    Posted at 07:34 pm by pemancingtegar
    [UNTUK KOMEN ARTIKEL INI SILA CLICK PADA PERMALINK]  

    Saturday, April 25, 2009
    Stingray Segantang Garam

    Semasa di tempat kerja kami begitu teruja dengan cerita yang dibawa oleh Amir ketika pertandingan memancing yang diadakan oleh kelab sukan tempat kerja kami.Menurut Amir tarikan kasar yang berjaya mengeluarkan banyak tali dari kekili serta membengkokkan pin kili nya membuatkan dia tak senang duduk .Species apakah itu yang sebegitu ganas tarikkan nya .

    Lokasi tersebut adalah sebuah sangkar terapung yang terdapat kemudahan untuk memancing disamping kelengkapan seperti chalet.Ia terletak di kawasan segantang Garam daerah Merbuk.Kali pertama kami memancing untuk menyahut cabaran tarikan ganas tersebut telah berlangsung dengan sedikit kumpau.Ikan yang di naikkan hanya gelama ,duri,ketuka dan sembilang yang berumpankan udang hidup.Keadaan air agak pasang besar dan kami menperaktikkan pancingan dasar.Trip berakhir dengan sedikit kekecewaan "mana pergi species ganas ini".Macam biasa mingu depan kita try lain.

    trip kali kedua ini agak sukar mendapat udang hidup kerana air mati jadi udang yang dibeli agak mahal kerana udang di tangkap mengunakan jala ,tidak mengunakan pompang .Apa-apa pun kami teruskan juga niat kami untuk memancing.Pada awalnya kami berjaya menaikkan species seperti trip pertama .Bonus seperti ikan temenin dalam 900 gram berjaya di naikkan .Lebih kurang pukul 3.00 petang rod yang di letakan di hujung sangkar berdesir mengeluarkan tali menandakan tarikan kuat ikan .species tersebut pada mulanya disangkakan siakap merah berjaya mengeluarkan tali yang berkuatan 25 paun menyebabkan suasana kelam kelibut.Setelah bertarung lebih kurang 8 minit bayang species tersebut muncul di permukaan air .Rupanya sang pariyang bergelut melepaskan diri.setelah 12 minit bertarung pari tersebut berjaya di naikkan yang berskala 11 kilo.Dia bawah adalah bukti gambar buat tatapan sahabat-sahabat.



    Pemandangan chalet terapung

                
                 Temapat memancing di atas sangkar


    Temenin yang dinaikkan antara bonus
    untuk memancing disini.
                
                
                 Pari 11 kilo yang di naikkan

    Posted at 10:45 am by pemancingtegar
    [UNTUK KOMEN ARTIKEL INI SILA CLICK PADA PERMALINK]  

    Alun Timur bertemu Barat Koh Rok Thailand The begining part1

     Bot kedua

    Nama pemancing
    matbrie
    aziz(bapak)
    jef
    atan
    zahir
    mat panjang

    Hari pertama
    Perjalanan ke koh rok memang meletihkan dan masa digunakan untuk berehat serta menyediakan perambut.Para pemancing begitu teruja untuk menduga lubuk yang di perkatakan selama ini oleh para pemancing.pada sebelah malam kami melakukan acara pancingan dasar yang mengunakan umpan sotong hidup berjaya menaikkan cupak serta gerepoh dan alu-alu.

    Hari kedua
    Pancingan pada awal pagi berjaya menaikkan tiga ekor kertang yang berskala belasan kilo.Selain itu species seperti landuk ,kerapu bara dan lain-lain turut berjaya dinaikkan.Pada sebelah malam hanya dua ekor jenahak berjaya dinaikkan .

    Hari ketiga
    Pada waktu siang kami di kejutkan dengan boiler dari cupak disekeliling bot kami.Lalu kami menurunkan jig ,maka berlakulah acara jig berpasukan.Hasilnya berjaya menaikkan pelbagai saiz cupak.Cuma pada sebelah malam jef berjaya menaikkan seekor jerung yang membuatkan bot dalam keadaan riuh rendah.

    Hari keempat
    setelah mengemas segala peralatan kami bertolak pulang .sekian dari kami pemancing tegar.


    Cupak yang dinaikkan mengunakan jig oleh matbrie


    Antara yang dinaikkan oleh jig besi


    kerapu bara turut menjadi mangsa




    Aksi yang mendebarkan


    Piala yang di menangi


    Alu-Alu senjakala


    sebelah malam tak kurang hebatnya dengan Ebek


    Jerung turut terpedaya


    Malam pun tak kurang dengan cupak


    Cupak lagi






    Sebahagian daripada hasil bot kedua

    Tamat.









    Posted at 10:07 am by pemancingtegar
    [UNTUK KOMEN ARTIKEL INI SILA CLICK PADA PERMALINK]  

    Alun Timur bertemu Barat Koh Rok Thailand The begining


    Bot pertama
    Nama pemancing
    Rizal
    Wan panjang
    Razak bangla
    Alang
    Romizan
    Mohd Nasir


    Hari pertama

    Walaupun perjalanan ke Koh Rok mengambil masa sembilan jam dari jeti Pak Bara ,Masa untuk mengambil umpan sotong di kepulauan Taratuoa serta mengambil umpan ikan termenung telah memanjangkan perjalanan kepada 12 jam .Ini amat meletihkan para pemancing ,aktiviti yang dilakukan sepanjang perjalanan seperti menyediakan perambut yang sesuai serta merehatkan badan untuk pertarungan yang bakal di tempuhi kelak.Dengan jumlah sotong yang agak kurang bot yang membawa pemancing meredah lautan menuju ke Koh Rok.Pada sebelah malam alun agak kuat ,menyebabkan sebilangan pemancing terpaksa tidur awal dan sebilangan pemancing lagi melakukan pancingan yang mengunakan kaedah sotong hidup yang menhasilkan  tangkapan seperti jenahak,gerepoh dan Alu-alu.Ini adalah malam kemuncak di mana banyak ikan yang dapat ditewaskan.

    Hari kedua

    Acara pada siang hari melakukan pancingan mengunakan kaedah pancingan dasar hirisan ikan (Appolo)banyak species di naikkan seperti kerapu,landok.kerisi,kerapu bara dan lain-lain lagi.Pada sebelah malam alun agak baik ini membuatkan semua pemancing dapat mengunakan  kaedah pancingan dasar berumpankan sotong hidup.Hanya dua ekor jenahak dapat di naikkan dan dua ekor ikan (Biji nangka Pangilan kami kalau silap minta maaf)dapat di naikkan.

    Hari ketiga

    Pada siang hari cuaca agak baik kaedah pancangan dasar (apollo)di lakukan seperti biasa ikan seperti kerapu,landok.kerisi dan lain-lain di naikkan .Sementara Kaedah poping dan jigging tidak memberi sebarang rentapan.Pada sebelah malam kami di kejutkan oleh sekumpulan ikan lumba-lumba menangkap ikan terbang pada mulanya di sangkakan ikan tengah frenzy .Dengan jumlah yang begitu banyak ikan lumba-lumba menghampiri bot menangkap ikan terbang yang tertarik dengan cahaya lampu bot .Tiada hasil untuk pancingan di sebelah malam di lokasi ini walaupun tekong berubah ke beberapa lokasi.

    Hari keempat

    seperti biasa melakukan acara pancingan dasar dan lain-lain lagi sehinga pukul 12.00 pm kami bertolak pulang.
     

      hasil pancingan sebelah malam



    Jenahak turut dinaikkan


    Ikan biji nangka turut menyambar umpan


    Lagi jenahak yang dinaikkan oleh rizal


    Aksi pertarungan rizal


    Wan panjang bersama cupak yang berjaya dinaikkan


    Waktu siang species seperti landuk bersaiz
    hidangan dapat dinaikkan





    Sebahagian dari hasil tangkapan

    kita nantikan Sambungan untuk bot yang kedua.....




    Posted at 07:07 am by pemancingtegar
    [UNTUK KOMEN ARTIKEL INI SILA CLICK PADA PERMALINK]  

    Friday, January 09, 2009
    Hasil dari balik kampung

    Semasa nak balik kerja Md Nasir pangil aku dengan menunjukan handset dia kat aku.Budak nih nak tayang handset dia ka..aku terfikir sejenak lalu aku pun bergegas ke arah dia berdiri.

    Md.Nasir: Wey wan hang tengok gambar nih ..hasil mengai semasa balik kampung
    JS:Gambar rupanya , aku ingat hang nak tayang handset kat aku
    Md.nasir:Sekali tayang handset la ...hehehe
    JS:Wey besar juga toman nih ..port mana hang pi nih
    Md.Nasir:Ada la port nih kampung akunya kawasan orang sembelih ayam  ..amacam terancam minda hang tak ?
    JS:Hampas..bila nak repeat nih?
    Md.Nasir:Raya cina nanti aku bagitau hang sebelum tu hang tengok dulu kaloi kami bulih..
    JS:Hang pandai perangat aku nooo...ok kita repeat lain raya cina nih,ok weh aku nak balik dah nih
    Md.Nasir:Tidoq lena nanti...hehehe
    JS:Hampas.....ok Chau

    Gambar yang berjaya meracun pemikiran aku pada tahap 60%


    Gambar Lokasi Pancingan


    Toman yang di naikkan


    Kaloi yang dinaikkan ,ekor patah sedikit ketika bergasak


    Posted at 09:24 am by pemancingtegar
    [UNTUK KOMEN ARTIKEL INI SILA CLICK PADA PERMALINK]  

    Thursday, January 01, 2009
    Patin Berdarah sungai Muda sidam kiri (Part 1)

    Sedang aku asyik mengalamun terbayang-terbayang ikan patin yang di naikkan oleh Wan panjang,tiba-tiba aku menerima tiga gambar MMS dari Amir Tyasirul ,kebetulan hari ini dia cuti.
    Amir Tysirul merupakan orang kampung sidam.Dua gambar MMS tersebut adalah untuk merancun kami dengan ayat yang menaikan semangat kami "Cangak lagi hampa ..patin tengah gila nih dok tunggu lagi"Setelah mendapat MMS serta SMS  tersebut, membuatkan aku bergegas ke tempat kerja Amir Tocet .

    JS:woi depa wak naik patin tujuh kilo kat port sidam tak kan kita nak biar saja...!!
    Amir Tocet:hang biar betui?
    JS:Hang tengok gambar amir send kat haku!!!(sambil menhulurkan handset)
    Amir Tocet:Gila kot....macamni kita kena tuwun la ,Kita tidoq sana aku bawa khemah..
    JS: Kita roger geng kita pakai sms handset hang...hehehe..

    Pukul 4.00pm kami dah abis bertugas Amir dengan langkah yang laju datang kepada aku

    Amir:Tadik aku dah tabur racun kat tujuh orang ahli komplot semua jadik...
    JS: wokeh pukui Nam kita mau ada kat port tu...
    Amir: Razak bangla dah beli semua bekalan dah ...dia dah ready..
    JS:Ok...Cargas cepat skit sapa lambat tingai...

    Bawah gambar yang di terima MMS


    Amir dengan patin 7 kilo


    Bezatara ikan ngan kaki berselipar


    Gambar patin yang dinaikan orang kampung ikan yang sama

    Semasa perjalanan hujan turun dengan lebat, tapi kerana racun yang kuat aktiviti tetap di teruskan,Sampai ke lokasi hujan pun berhenti seperti di rancang...alhamdulillah...Setelah turun dari kereta amir melihat sungai.."Air agak keruh"..Arghh.. apa-apa pun kita pasang khemah dulu.Setelah selesai memasang khemah kami pun melabuh senjata kami yang berjumlah 17 batang rod .Semua rod tersebut berumpan sebijik sawit yang di ambil di bawah pokok sawit berhampiran .

    Bak kata pepatah lama "Masuk kandang kambing  mengembek, masuk kandang harimau mengaum "Berkunjung di tempat orang janganlah menyombong diri rajin-rajinlah beramah mengorek teknik  rahsia penduduk kampung.Menurut cerita orang kampung yang rata-rata memang peramah telah memberitahu bahawa lokasi ini menyimpan stock ikan patin yang bersaiz bagak berdasarkan rangutan yang berjaya menbetulkan matakail rawai yang diangarkan patin bersaiz belasan kilo.Kami semakin teruja dengan cerita tersebut untuk menduga lubuk ini.

    jam 8.oo pm Masih tiada tanda-tanda  rangutan patin sambil menikmati cucur udang dan sedikit kueh yang di beli di pasar malam sidam .selesai makan dua orang ahli mintak diri nak balik tengok bola, Razak dan Romizan.

    JS:Hampa tak rasa rugi ka ..
    Razak:kami nak tengok bola la ..esok kena obertime pagi pula..
    Romizan:Takpa nanti hampa SMS
    JS: Ok baikkk ...

    Hampir 9.00pm Kami hanya mendapat ragutan tidak kuat hasil dari getuan ikan lampam yang meragut umpan sawit.Sehening malam kami di kejutkan deringan loceng serta drag dari mesin Aernos 4000 milik Amir tocet ,secepat kilat amir menyuluh kearah bunyi tersebut lalu kelihatan rod Bassterra EV melentor ganas lalu sentapan di buat.Acara tarik-menarik berlaku lebih kurang 5 min ,patin yang bersekala 5 kilo tumpas pada 9.20pm yang membuatkan suasana panas di port tersebut.

    Setelah patin tersebut di naikkan keadaan menjadi sunyi sepi sehinga lah semua masuk tido kecuali aku.Lebih kurang pukul 1.00am aku pun mengarau balik rod berumpankan sawit sebijik lalu menukar kepada hirisan sawit dan mencuba sekali lagi.Dalam pukul 2.00am aku di kejutkan dengan bunyi loceng , lantas aku berjaya menaikkan seekor kaloi bersekala dekat sekilo.

    Hinga ke pagi tiada tangkapan, kami menyambung acara tidoq sambil memancing . Sesi bergambar serta mengemas barang di lakukan pada pukul 10.00am .kami akan mencuba lagi ,  mungkin disebabkan air yang sedikit keruh akibat hujan dan suasana bising ketika Amir menaikkan patin menyebabkan patin yang lain culas.Tunguuu...kami akan kembali...


    Sedikit gambar sebagai racun....


    Gambar khemah yang di dirikan


    Pemandangan spot dikala pagi

    Gambar spot lagi...

    Kaloi yang di naikkan


    patin yang dinaikkan oleh Amir Tocet berskala 5 kilo

    Sekian report saya.



    Posted at 07:46 am by pemancingtegar
    [UNTUK KOMEN ARTIKEL INI SILA CLICK PADA PERMALINK]  

    Friday, December 12, 2008
    Patin Berdarah sungai Muda sidam kiri

    Disebabkan ketagihan yang melampau untuk memancing aku dan Wan panjang  merancang untuk melayan lampam sungaipada 11.dis.2008 sebab di kabarkan oleh memba kampung air sedikit jernih dan surut .Jadi aku pun nak try la satu spot yang diberitahu oleh member tempat kerja kampung sebelah.Setelah balik kerja pukul 4.00 petang balik umah mandi dan lain -lain dalam pukul 5.30 petang aku bertolak ke lokasi bersama Wan panjang Setibanya di lokasi umpan roti pon di lepaskan hanya ikan lampam bersaiz juvenil ja yang di naikkan ..lokasi nih memang banyak anak ikan lampam dalam pukul 6.40 petang lebih kurang aku di kejutkan dengan olak ikan di tepi tebing siap nampak ekor lagi sah ini patin .Dengan semangat berkobar-kobar aku pun terus mencari buah sawit (kawasan ni banyak pokok sawit) terus aku lemparkan dan lebih kurang 15 minit rod aku terhenjut2 perlahan-lahan sah patin mengulum umpan sawit tu .Ketika aku memegang rod nak buat rembatan satu sentapan yang kuat berlaku alamak....drag kuat sangat tali perambut tangsi 30 paun ja ..pendek cerita putus .....arghhh.... tension..jom balik dah lewat petang

    Hari kedua 12.dis.2008 seperti biasa balik kerja dengan semangat berkobar2 bersama perambut tali benang 50 paun aku dengan wan panjang terus ke lokasi setiba ke lokasi wan panjang mendahului aku ke spot tersebut kerana aku berpatah balik ambil handset kat kereta (nanti KDN call tak dapat lesen lak len kali).Setiba aku di spot terbabit sambil menyediakan umpan sawit  rod wan panjang menunjukan tanda henjutan dan seterus menerima sentapan yang kuat (hampir terjatuh rod dia ) Maka terjadilah pertarungan yang membuat aku meleleh air liur sambil memberi semangat pada wan panjang .Maka tertewaslah patin yang bersekala 6 kilo ...rezeki wan panjang dan aku dengan ketagihan .Selepas Patin tu di naikkan maka aku pon baling la umpan aku...sunyi sepi sehinga lah tiba waktu nak pulang...takpa nanti nak mai lain ..(Sebab kat situ memang banyak patin bersaiz besar berdasarkan olak yang dibuatnya)selepas patin yang dinaikkan wan panjang banyak olak patin berhampiran tebing  seberang sungai mungkin disebabkan patin dinaikan wan panjang dia tak mau menghampiri tebing sebelah sini ..lain kali nak pi lain arghhhhhhhhh...


    Wan panjang bersama patin berdarah



    Ukuran saiz ikan dengan selipar wan panjang



    Posted at 07:35 pm by pemancingtegar
    [UNTUK KOMEN ARTIKEL INI SILA CLICK PADA PERMALINK]  

    Wednesday, December 03, 2008
    Trip 3jam di perairaan pulau sayak

    Tarikh trip: 30/12/2008
    Jumlah pemancing:2 orang
    Teknik:Bottom fishing and float fishing
    Umpan:Udang pasar
    Masa pancing:2.00pm -5.00pm
    Kos:umpan rm 3.00 kos pengangkutan rm 10.00

    Trip singkat ini terhasil daripada perbualan pendek selepas urusan perlawanan bola sepak antara liga department berlangsung.Setelah berbincang maka terjadila trip singkat ini akibat ketagihan yang melampau .Tujuan trip untuk menduga masih adakah ikan di pulau sayak ,kita lihat hasil yang di perolehi di sana .


    Sembilang yang di pancing mengunakan kaedah ampungan


    pengukur saiz selipar amir


    kerapu bersaiz hidangan turut dinaikan


    ketuka turut dinaikan


    hasil keseluruhan tidak termasuk yang di cnr.

    Merit 2 bintang dari 10 bintang


    Posted at 09:37 pm by pemancingtegar
    [UNTUK KOMEN ARTIKEL INI SILA CLICK PADA PERMALINK]  

    Monday, December 01, 2008
    Trip singkat ke paip air langkawi

    Tarikh :30/11/2008
    Jumlah pemancing:6 orang
    tekong :pak man Kuala perlis
    lokasi:Paip air langkawi
    Teknik:Pancingan dasar dan Ampungan belon
    Umpan:Hirisan ikan dan ikan berbolos hidup(hasil pancingan)

    Sejak awal lagi para pemancing tiba dijeti untuk menduga lubuk paip air langkawi .Segala persiapan telah di atur dan cuaca berada tahap   yang memuaskan walaupun terdapat angin yang kencang sedikit.Setelah tiba di lokasi para pemancing telah menperaktikan teknik pancingan dasar mengunakan kaedah hirisan isi ikan temenung dan mengunakan teknik perambut apolo,banyak sambaran diterima  seperti species kerapu,tetanda ,kerisi dan gelama di perolehi.di bawah di sertakan gambar sebagai tatapan para bloger.



    Para pemancing bergambar sebelum memulakan acara pancingan



    Ikan pertama oleh tekong leman


    Kedua dan ketiga Tekong leman lagi


    Tekong leman lagi dengan landok yang diperolehi


    Ha..baru gambar jamil bersama dengan gendang


    Pekong dengan tetanda


    jef merancakan lagi acara dengan menaikan ketuka


    Dan tekong leman menopoli dengan tangkapan terberat tengiri 4 kilo dengan mengunakan kaedah ampungan berumpankan berbolos hidup


    Sebelum bertolak pulang sempat juga jef garcia menaikan sembilang

    Tahniah kepada ahli pakatan di atas hasil yang di perolehi ...bila nak buat trip lain ???

    merit 4 bintang dari 10 bintang


    Posted at 09:11 pm by pemancingtegar
    [UNTUK KOMEN ARTIKEL INI SILA CLICK PADA PERMALINK]  

    Saturday, November 22, 2008
    Trip Koh Adang 15 November 2008

    Tarikh:15nov-17nov 2008
    Jumlah pemancing:9 orang
    kos bot:satu kepala Rm370
    tekong:Nong
    Awak2:Osman
    Umpan:Sotong,ikan temenu borek,gewang tundaan ,bulu ayam dan jig

    Merit
    Pengankutan : 10/10
    Makanan : 10/10
    komitmen peserta:5/10
    lokasi lubuk:9/10
    masa pancingan:5/10
    tekong:9/10
    awak2:10/10
    cuaca:10/10
    umpan:3/10
    Teknik bottom:10/10
    tundaan gewang:2/10
    Casting:2/10
    jiging:2/10
    poping:0/10
    Arus:8/10
    Hasil Tangkapan:7/10


    Ulasan trip

    Masa bertolak pada pukul 7.00am seperti yang di beritahu oleh saudara hamdan (tekong darat)terpaksa di lanjutkan kepada 9.00am kerana sebab kelewatan salah sorang dari pemancing disebabkan masalah peribadi.Port pertemuan terletak di kilang Yuasa tikam batu .Sejak awal lagi Van menungu dan kami bertolak pada pukul 9.20am sampai ke jeti Pak Bara pada pukul 1.00pm,setelah acara mememungah barang ke bot makan kami bertolak pada pukul 2.00pm ke lokasi mengambil umpan sotong sehinga pukul6.00am kami bertolak untuk mengambil umpan ikan mengunakan teknik apolo untuk teknik hirisan ikan.

    Sekitar pukul 10.30 am kami memulakan acara memancing mengunakan hirisan isi ikan untuk memancing kerapu di selang seli ngan jiging dan casting bulu.Hasil dari pancingan dasar dengan hirisan isi ikan banyak menaikan kerapu dalam skala 800 gram - sekilo begitu juga dengan cupak tanda karang .Teknik casting dan jiging tidak mendatangkan hasil di sebabkan faktor arus dan masa yang tidak sesuai serta lokasi.Tekong pun beberapa kali mengubah kedudukan dan lubuk.

    Pada pukul 5.00pm kami bertolak untuk sampai ke lubuk untuk pancingan jenahak dan lain-lain pemangsa mengunakan umpan sotong.Dilubuk ini kami menaikan kan alu2 serta jenahak banyak perambut putus di sebabkan kehadiran alu2 acara di tamat sekitar pukul 7 dan tekong membawa ke lubuk untuk memancing ikan tengiri mengunakan umpan ikan serta hirisan isi ikan ini menyaksikan teknik apolo hirisan isi ikan berjaya menaikan ikan terbesar trip ini iaitu haruan tasik yang bersekala 6 kilo .Di lubuk ini ikan tengiri tiada kelibat entah mengapa.Di lubuk ini juga berjaya menaikan layaran 4kilo dengan mengunakan teknik ikan temenu borek yang di hanyutkan .

    kami meneruskan cara memancing mengunakan kaedah hirisan isi ikan mengunakan perambut apolo yang banyak menaikan kerapu bersaiz hidangan dan bertolak balik pada pukul 2.00pm sampai ke Pak bara sekitar pukul 3.00pm dan van yang sedia menungu di sana .Setelah sesi memungah barang kami bertolak ke wang kelian dan sampai sekitar pukul 5.00pm dan urusan border past selesai dan bertolak balik sekitar pukul 6.00pm sampai ke tempat pertemuan pada pukul 8.30pm dan acara membahagikan hasil tangkapan dan selesai pada pukul 10.00pm.

    Dibawah di sertakan gambar sebagai tatapan sedikit racun hehehe...


    van yang membawa para pemancing
     



    Tekong dan awak2



    tekong darat terima kasih organize trip ini


    Berbincang tentang teknik yang hendak digunakan


    Umpan yang digunakan


    Landok pertama dinaikan


    Gerepoh pertama di naikkan


    Ikan terbesar trip ini haruan tasik


    ikan jepun turut dinaikkan


    Alu2 pertama di naikan mengunakan hirisan isi ikan apolo


    Rambai yang dinaikan


    antara Kerapu yang dinaikan


    Triple hook oleh amir


    aksi layaran menarik kail


    Aksi amir ketika strike alu2


    ini adalah hasilnya


    Kami di asak alu-alu di sebelah malam


    Alu-alu yang dinaikan


    Jenahak pertama sebelah malam


    Antara alu-alu yang dinaikkan


    Kami di asak oleh alu-alu pada sebelah malam


    Antara hasil yang diperolehi


    Kerapu bersaiz hidangan banyak di perolehi


    Gambar hasil keseluruhan

    Merit 7 bintang dari 10 bintang

    Posted at 07:36 am by pemancingtegar
    [UNTUK KOMEN ARTIKEL INI SILA CLICK PADA PERMALINK]  

    Next Page